3 DivSemasa

10 RAMD Anjur Hari Pengajian Peringkat 7 Bgd

JOHOR: Batalion Kesepuluh Rejimen Askar Melayu Diraja (10 RAMD) telah menganjurkan Hari Pengajian Pegawai dan Pegawai Tidak Tauliah Kanan (PTTK) Peringkat 7 Bgd bertajuk ”Ketenteraman Awam dan Demonstrasi POPO”, bertempat di Kem Bukit Banang, Batu Pahat pada 3 Nov 2015.

Acara dimulakan dengan pengisian slot ceramah dan perbincangan pada sebelah pagi dengan ceramah bertajuk “Ketenteraman Awam” oleh Pen Peg Mem 10 RAMD, seterusnya pada sebelah petang peserta dipertontonkan pula dengan demonstrasi POPO oleh anggota 10 RAMD bertujuan untuk mempamerkan tahap kesiagaan pasukan 10 RAMD bagi menghadapi sebarang kemungkinaan dalam OP NERACA atau ketenteraman awam  di Negeri Johor sekiranya diaturgerakkan disamping untuk memberi pendedahan kepada peserta.

Perasmian penutup yang telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima 7 Bgd, Kol Hj Roslan bin A Rahman pada jam 1530 ini telah dihadiri oleh 17 Peg dan 35 LLP. – Cwg Risik MK 7 Bgd


Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button