BAKATWanita TD

Hi-Tea Wanita KRD Eratkan Sillaturahim

KUALA LUMPUR:  Seramai 93  wanita  terdiri daripada pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Risik Diraja (KRD) hadir dalam Majlis Hi-Tea Wanita KRD 2015 yang disempurnakan oleh Penasihat Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita (JKHEW) KRD Brig Jen Dato’ Norhuda  Ahmad bertempat di hotel terkemuka sekitar Kuala Lumpur pada 03 Dis 2015.

Majlis Hi-Tea ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara semua peringkat Wanita KRD serta meraikan pegawai dan anggota LLP yang akan dan telah menamatkan perkhidmatan disamping dapat menambahkan lagi keakraban yang telah dibina sepanjang perkhidmatan agar sentiasa terjalin dan semakin utuh di kalangan wanita KRD.

Dalam ucapan Penasihat JKHEW KRD, beliau menegaskan setiap wanita KRD perlu menunjukkan sikap yang positif, saling bersefahaman dan bersepadu antara satu sama serta saling ingat mengingati antara satu dengan yang lain.

” Jangan hendaknya ada perasaan cemburu, khianat, fitnah serta bermusuhan di antara kita dan hendaklah memberi sepenuh sokongan kepada mana-mana wanita KRD untuk terus maju serta diiktiraf kor dan Tentera Darat,” tegasnya.

Turut hadir Pengerusi JKHEW KRD, Lt Kol Siew Ha Cheam, Pengerusi Majlis Hi-Tea Wanita KRD 2015, Mej Siti Rahilah Ramly dan Pesara Wanita KRD.

 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online