Bersama PemimpinSemasa

Majlis Penyampaian Diploma KPSM Siri 44/2015

KUALA LUMPUR: Seramai 164 penuntut kursus terdiri daripada pegawai dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan juga pegawai tentera luar negara terlibat dalam Majlis Penyampaian Diploma Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (KPSM) Siri 44/2015 yang disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Zulkifeli Mohd Zin bertempat di Dewan Perkasa, Wisma Perwira ATM pada 9 Dis 2015.

KPSM yang dilaksanakan selama 49 minggu ini merupakan siri pertama yang dianjurkan di bawah program kerjasama akademik MTAT-UPNM dan dibahagikan kepada tiga modul utama serta dipecahkan kepada tiga semester pengajian.

Dalam ucapan PAT, beliau berkata cabaran keselamatan negara kini kian mencabar serta tidak lagi terikat pada ancaman tradisional malah bencana alam turut menjadi ancaman kepada keselamatan negara.

“Diharapkan para peserta akan dapat memanfaatkan segala ilmu dan sentiasa bersedia apabila berlakunya bencana alam, kerana ATM merupakan pasukan terawal yang hadir di kawasan bencana untuk membantu ketika berlakunya bencana”katanya.

PAT turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan kepada peserta terbaik kursus yang mana dipecahkan kepada empat kategori anugerah, Mej Chai Kean Seng memperoleh Anugerah Komandan, Mej Jasmi Che Ismail TUDM Anugerah UPNM, Mej Vigneswari Viswanathan Anugerah Haigate serta Anugerah Lembaga MTAT.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi, PTD, Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, PTL, Laksamana Dato’ Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin, PTU, Jen Dato’ Sri Hj Roslan Saad dan Ambassador, High Commissioner.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online