Bersama PemimpinSemasa

MSB Menjunjung Kasih SPB YDP AGONG XIV

KUALA LUMPUR: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almu’tasimu Billahi Muhibbudin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajjah Haminah berkenan mencemar duli ke Majlis Santapan Beradat (MSB) Menjunjung Kasih SPB Yang di-Pertuan Agong XIV sempena tamat tempoh pemerintahan baginda di Wisma Perwira ATM pada 18 Nov 2016.

MSB ini bertujuan untuk menghargai jasa dan bakti baginda selaku Pemerintah Tertingi ATM yang akan menamatkan tempoh pemerintahan baginda pada Disember ini.

Dalam ucapan PAT kepada SPB, beliau merafak sembah setinggi-tinggi penghargaan kepada baginda di atas sumbangan sepanjang menerajui pucuk pimpinan pemerintahan ATM.

Seramai 500 pegawai dari ketiga-tiga cabang Perkhidmatan ATM hadir dalam majlis tersebut dan turut membabitkan perarakan masuk lima Panji-panji SBP iaitu Panji-panji Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Rejimen Renjer Diraja (RRD),  Kor Armor Diraja (KAD), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Panji-panji Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Turut hadir Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Hishammudin Tun Hussain, Timbalan Menteri Pertahanan,  Dato’ Sri Mohd Johari Baharum, Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Dato’ Sri Dr. Hj Zulkifeli Mohd Zin, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohamad Radzi dan Panglima-panglima Perkhidmatan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online