Semasa

RSD berbuka bersama Kol Yang Dipertua

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir selaku Kolonel Yang Dipertua Rejimen Semboyan Diraja (RSD) berkenan mencemar duli ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Kol Yang Dipertua RSD di Wisma Perwira Tentera Darat pada 7 Jun 2017 yang disambut oleh Pengerusi RSD, Brig Jen Dato’ Ahmad Hadiatullah Hj Ridzuan.

Majlis yang dilaksanakan pada setiap tahun ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara Kol Yang Dipertua RSD dan warganya selain meraikan kemeriahan sambutan bulan ramadhan ini.

Selepas berbuka puasa baginda menunaikan solat Maghrib serta Tarawih secara berjemaah bersama-sama warga RSD yang hadir.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button