3 DivSemasa

Panglima 3 Div Beraya di Kawasan Op

JOHOR: Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah meluangkan masa beraya bersama anggota di salah satu pos kawasan operasi di sekitar negeri Johor pada 25 Jun 2017.

Majlis dimulai dengan takbir raya beramai-ramai, diikuti dengan Sembahyang Sunat Aidilfitri, jamuan dan penyampaian sumbangan kuih raya.

Sebelum itu beliau berbuka puasa pada hari terakhir Ramadhan, bertakbir raya dan bersama-sama dengan anggota yang sedang beroperasi dari pasukan 2 Rejimen Artileri Diraja melakukan aktiviti membakar lemang, memasak ketupat dan rendang bagi merasai suasana hari raya.

Beliau turut mengingatkan supaya anggota-anggotanya agar menjaga nama baik pasukan khasnya dan Tentera Darat umumnya serta memberi semangat kepada mereka yang melaksanakan tugas diperbatasan agar sentiasa amanah serta jujur ikhlas ketika bertugas.

Turut hadir Komander Artileri Divisyen dan Timbalan Panglima 7 Bgd.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online