Semasa

31 Bgd Lancar Kempen Derma Darah

SARAWAK: 30 orang pegawai dan 200 anggota warga 31 Bgd telah menyertai Kempen Derma Darah bersempena Hari Ulang Tahun Briged Ketiga Puluh Satu Infantri (31 Bgd) yang ke-2 di Daesco Star Megamall Sibu pada 12 Julai 17.

Dengan moto “Setitik Darah Sejuta Harapan”, kempen derma darah ini telah dilancarkan oleh Lt Kol Werar Sulaiman Haji Ali, Pegawai Memerintah Batalion Ke-6 Rejimen Sempadan (6 RS) selaku pihak penganjur yang turut mewakili Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin.

Kempen derma darah yang dimulakan sejak awal pagi ini berjaya mengumpul sebanyak 107 kampit darah. Turut memeriahkan majlis derma darah ini adalah gimik pelancaran kempen derma darah dengan simbolik penyerahan kampit darah oleh Lt Kol Werar Sulaiman Haji Ali kepada Dr Subashini Navaratnasingam, Pegawai Perubatan dari Jabatan Tabung Darah Hospital Sibu. Beliau turut menyerahkan cenderahati kepada Michelle Lau Chien Ing, wakil Pengurus Daesco Star Megamall Sibu.

Dalam ucapan Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin, merakamkan jutaan terima kasih kepada Residen Bahagian Sibu, Encik Hii Cheng Kee, Pengurus Besar Daesco Star Megamall Sibu, Dato Lau Ngee Hua dan semua penderma warga Cekal Waja serta masyarakat setempat yang menjayakan kempen derma darah pada kali ini.

Beliau juga berbangga dengan kempen derma darah ini kerana mendapat keutamaan dan sambutan yang amat baik daripada semua agensi awam dan masyarakat setempat dan ini merupakan sebahagian aktiviti 31 Bgd sempena sambutan ulang tahun kedua penubuhannya.

[jaw_gallery gallery=”11428,11424,11425,11426,11427,11429,11430,11431,11432,11433,11434,11435,11436,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online