SemasaTrup TD

Kakitangan Awam 10 Bgd (Para) Dihargai

MELAKA: Markas Briged Ke-10 (Para) telah melaksanakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Dikenang 2017 yang melibatkan penjawat awam Kementerian Pertahanan yang bertugas di Kem Sg Udang dan Kem Masjid Tanah di Dewan Serbaguna Kem Terendak pada 30 Julai 2017.

Majlis telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi yang bertujuan meraikan warga kerja penjawat awam dibawah naungan 10 briged (para) di negeri Melaka yang telah menunjukkan prestasi perkhidmatan cemerlang sepanjang tahun 2016 yang lalu. Di samping itu, ianya bagi menghargai Pesara dan bakal Pesara yang turut menerima Pingat Perkhidmatan dan Pekerti Terbilang.

Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara, Pegawai Kanan Awam KEMENTAH, Panglima 3 Div, Panglima GGK, Panglima 10 Bgd (Para) dan semua Pegawai Memerintah dan Pemerintah dibawah naugan 10 Bgd (Para).

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear] [jaw_gallery gallery=”11789,11787,11788,11791,11790,11792,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button