Bersama PemimpinSemasa

Makan Malam Rejimental RAJD

KUALA LUMPUR: Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berangkat mencemar duli ke Majlis Santapan Makan Malam Rejimental Rejimen Askar Jurutera Diraja (MMR RAJD) bertempat di hotel terkemuka Putrajaya pada 5 Sep 2017.

Ketibaan Sultan Nazrin disambut oleh Pengerusi RAJD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Ingenieur (Ir) Abdul Nasser Ahmad dan diiringi oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi.

Majlis yang penuh istiadat ini merupakan adat serta budaya rejimental yang diamalkan sejak sekian lama bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim yang telah terjalin di antara mantan-mantan Pengerusi RAJD bersama pegawai-pegawai walaupun mereka telah bersara.

Majlis dimulakan dengan acara bergambar bersama mantan-mantan Pengerusi dan Pegawai-pegawai Kanan RAJD seterusnya Sultan Nazrin beredar ke Dewan Santapan dan diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati kepada 15 pegawai yang telah bersara.

Turut hadir Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja Jen Dato’ Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Hj Zainuddin dan dif-dif kenamaan.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online