Semasa

Hari Keselamatan Peringkat 8 Bgd

KELANTAN: Seramai 300 anggota tentera bawah naungan 8 Bgd terlibat dalam Hari Keselamatan Tahun 2017 yang dirasmikan oleh Panglima 8 Bgd, Brig Jen Nazari Abd Hadi di Dewan Tan Sri Hamid Bidin, Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada 10 Okt 2017.

Program yang merupakan inisiatif berterusan Markas 8 Bgd bagi mempertingkatkan kesedaran dalam aspek keselamatan kepada semua warganya dan program ini memberi penekanan dalam beberapa perkara iaitu Keselamatan Kebakaran, Keselamatan Jalan Raya, Kesedaran Bahaya Dadah dan Keselamatan Kem serta anggota.

Program ini juga melibatkan beberapa agensi luar seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (JKJR).

Turut hadir Ketua Staf Mk 8 Bgd dan Pegawai-pegawai Memerintah serta Pegawai Pemerintah di bawah naungan 8 Bgd.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online