3 DivBersama PemimpinSemasa

Gnr Amirrul Jaguh UKMTD 2017

MELAKA: “Kejohanan ini adalah contoh terbaik untuk menilai kemahiran dan kecekapan warga TD hasil dari latihan yang dijalankan sama ada di peringkat pasukan mahupun formasi malah sebagai pemangkin untuk TD melahirkan jaguh-jaguh menembak yang bakal membawa cabaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti mewakili TD dalam Asean Armies Rifle Meet (AARM),” kata Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim semasa ucapan beliau ketika menyempurnakan upacara Penutup Ujian Kemahiran Menembak TD di Lapang Sasar 400 meter Terendak pada 19 Okt 2017.

Selain itu, PTD mahukan aspek-aspek seperti teknik dan kemahiran menembak, tahap kecergasan fizikal serta faktor tekanan semasa pertandingan perlu diberikan tumpuan agar peserta yang akan mewakili TD ke AARM nanti mampu membawa pulang sesuatu dari kejohanan tersebut dan pada masa yang sama kejohanan ini mampu mendukung erti sebenar kesatuan, daya juang dan semangat kerjasama yang tinggi sekaligus mewujudkan suasana pertandingan yang kompetitif kepada TDM.

Seramai 72 pegawai dan 582 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat  dalam pertandingan yang diadakan dari 14 hingga 19 Okt 2017 dimana Gnr Muhammad Amirrul Amry Mohd Suhaimi dari Trup TD 1 dinobatkan Jaguh UKMTD 2017 manakala Trup TD 2 menjadi  Johan Keseluruhan Formasi dan Kpl Muhammad Firdaus Zulkifli dinobatkan sebagai Kingsman kerana cemerlang dalam acara Tachtlon TD.

UKMTD 2017 merupakan pertandingan yang melibatkan formasi-formasi dalam TD dalam pelbagai acara menembak seperti Menembak Lorong Hutan, Sniper, Pistol, Raifal Lelaki dan Wanita, Jatuh Piring, Tim Mesingan Kegunaan Am, Tim Mesingan Ringan, Tachtlon TD dan Novelti Pegawai Kanan yang mana mengunakan dua lokasi pertandingan iaitu Lapang Sasar Asahan dan Lapang Sasar Terendak bagi  tujuan meningkatkan kemahiran pengendalian senjata individu serta kumpulan selain mencari bakat-bakat baharu untuk diketengahkan dalam AARM 2018.

Bagi acara Tachtlon TD, Johan Keseluruhan disandang oleh Trup TD 1 yang diwakili oleh peserta dari 10 Bgd (Para) dan Batalion 165 Risik TD merangkumi pelbagai displin yang harus ditempuhi seperti melaksanakan abseiling dari helikopter Nuri, menempuh pelbagai halangan semulajadi dan binaan sepanjang 6.3 kilometer pada peringkat pertama serta diuji kecekapan menembak pelbagai bentuk sasaran mengunakan senjata M4 Carbine dalam pelbagai kedudukan  bagi peringkat kedua.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dan Pegawai Kanan TD.

 

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online