Semasa

Eksesais Planning Conference Bagi Eksesais Harimau Shakti II 2018

KUALA LUMPUR: Markas Briged Ke-12 Infantri Malaysia (MK 12 Bgd) telah menerima Delegasi Tentera Darat India iaitu Col Soundaram Nagaladi Karthikeyan dan Lt Col Tomar Sidharth sempena Eksesais Planning Conference bagi Eksesais Harimau Shakti II 2018.

Kunjungan tersebut disambut oleh Komander PIDTD, Kol Romainor Mohamed serta Ketua Staf 12 Bgd, Lt Kol Azudin Hassan dan Pegawai-Pegawai Memerintah dan Pemerintah pada 25 Okt 2017.

Taklimat Eksesais Planning Conference bagi Eksesais Harimau Shakti II 2018 telah disampaikan oleh Komander PIDTD manakala taklimat Staf Perancangan Eksesais (SPE) kepada Delegasi Tentera Darat India (TDI) dismapaikan oleh Penolong Pegawai Memerintah 1 RAMD, Mej Suhaidi Sapar.

Acara diteruskan dengan lawatan ke 1 RRD. Lt Kol Irwan bin Ibrahim Pegawai Memerintah 1 RRD bagi memberi sedikit taklimat berkenaan tempat tinggal pegawai dan anggota lain-lain pangkat (LLP) di 1 RRD pada semasa pelaksanaan eksesais tahun depan.

Aktiviti diteruskan pada hari kedua 26 Okt 2017 iaitu Tinjauan kawasan eksesais bersama Delegasi Tentera Darat India (TDI) di Sungai Perdik Hulu Langat. Dalam kesempatan tersebut, wakil delegasi Tentera Darat India telah diberi peluang merasai sendiri makanan RTBK dan beberapa makanan survival yang lain.

Acara kemuncak dihari terakhir aktiviti adalah majlis makan malam bersama Panglima 12 Briged, Brig Jen Dato’ Nazri Abidin dan menandatangani buku minit mesyuarat EPC.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button