Semasa

Ceramah Kesihatan Blood Presure Awareness Programme

KUALA LUMPUR: Sel Kesihatan Markas Pemerintahan Medan Barat Tentera Darat (PMBTD) dengan kerjasama pihak Prizer (Malaysia) Sdn Bhd yang diwakili oleh Cik Jennifer Lee Huai Shin telah menganjurkan Ceramah Kesihatan bertajuk ‘Blood Presure Awareness Programme’ di MK PMBTD pada 16 Nov 2017 bertempat di Kem Sungai Besi.

Ceramah telah disampaikan oleh Kol Perubatan Sel Kesihatan MK PMBTD, Kol (Dr) Shamsul Bahary Muhamad tentang pengetahuan tekanan darah dalam kehidupan manakala pihak Prizer (Malaysia) Sdn Bhd telah menyumbang risalah berkaitan program selain makanan sihat kepada para peserta.

Peserta juga telah didedahkan kaedah untuk mengawal kenaikan tekanan darah, makanan sihat, senaman yang konsisten, pentingnya mematuhi arahan pengambilan ubat yang teratur dan amalan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko serangan strok pada seseorang.

Dalam pada itu, penceramah juga menerangkan berkenaan komplikasi akibat hipertensi, peringkat penyakit serta rawatan yang bersesuaian serta cara menanganinya.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin ,KS AM MK PMBTD, Mej Jen Dato’ Tengku Ahmad Noor Tuan Chik, KS Perkhidmatan MK PMBTD, Brig Jen Dato’ Haji Abdul Khalid Hamzah  serta pegawai-pegawai MK PMBTD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online