Semasa

Pertandingan Tinju (Novis) Antara Kompeni 8 RRD (Para)

MELAKA: Pertandingan Tinju (Novis) Antara Kompeni, 8 RRD (Para) telah dilaksanakan mulai 28 Nov hingga 30 Nov 2017 bertempat di Garaj Platun Kenderaan Pasukan.

Objektif pertandingan ini adalah untuk mencari bakat-bakat baru bagi mewakili pasukan ke Pertandingan Tinju (Novis) Peringkat 10 Bgd (Para) yang akan diadakan di samping memupuk semangat pahlawan dan keberanian di kalangan anggota 8 RRD (Para).

Sebanyak 8 kategori utama yang dipertandingkan iaitu Light Fly, Bantam, Light, Light Welter, Welter, Middle, Light Heavy dan Heavy. Kategori lain yang turut dipertandingkan adalah Kategori Pegawai Bawah 64 Kg, Pegawai Atas 64 Kg, PTTK Bawah 64 Kg dan PTTK atas 64 Kg.

Majlis Penutupan Pertandingan Tinju (Novis) Peringkat 8 RRD (Para) dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pemangku Pegawai Memerintah, Mejar Elnizam Elias.

1180874 Rjr Andrianus Anthoneyus telah dinobatkan sebagai Peninju Terbaik manakala 1184123 Rjr Faris Hassan pula telah dinobatkan sebagai Peninju Berpotensi. Kompeni C yang diketuai oleh Kapt Ahmad Azani Ab Rani telah berjaya menjadi Johan keseluruhan pertandingan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online