MINDEFSemasa

PAT Terima Kunjungan Hormat PAT Thai

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor menerima kunjungan hormat Chief of Defence Force Royal Thai Armed Forces, Gen Tarnchaiyan Srisuwan di Perkarangan Wisma Pertahanan pada 7 Dis 2017.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Jen Tarnchaiyan Srisuwan menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) diiringi oleh Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja.

Objektif utama lawatan diadakan bersempena lawatan ulungnya semenjak menjawat jawatan tertinggi di dalam Royal Thai Armed Forced serta mengeratkan lagi kerjasama dari segi diplomatik pertahanan di antara dua Negara yang telah terjalin sekian lama khususnya dalam mengawal keselamatan negara dan serantau.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim, Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Badaruddin dan Panglima Tentera Udara, Jen Dato’ Sri Hj Affandi Buang TUDM.

[srizonfbalbum id=73]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online