HUTSemasa

HUT RS Ke-10

PERLIS: Seramai 15 pegawai dan 385 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Rejimen Sempadan (RS) terlibat dalam Perbarisan Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) RS Ke-10 diketuai Ketua Staf MK 30 Bgd, Lt Kol Nazaruddin Ismail di Padang Kawad Kem Bukit Cowder pada 12 Jan 2018.

Acara dimulakan dengan Perbarisan Masuk Padang diikuti dengan tabik hormat dan diteruskan dengan nyanyian lagu RS serta pemeriksaan barisan oleh Panglima Medan Barat TD merangkap Pengerusi RS, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin

Dalam ucapan Pengerusi RS beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bekas-bekas pegawai RS dan bekas-bekas perajurit yang sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi dalam mencorakkan RS ke tahap yang ada sekarang.

HUT RS ini turut meraikan anggota dan pegawai yang merupakan pesara-pesara dari RS dari pelbagai unit.

Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Panglima 4 Div, Mej Jen Datuk Zakaria Hj Yadi, Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Hj Fadzil Tajudin Panglima 31 Briged, Panglima 30 Bgd, Brig Jen Hashim Aman Shah, mantan Panglima 30 Bgd yang pertama, Brig Jen Adnan Ariffin (B) dan Pegawai Memerintah dari Bn 1 hingga 11 RS.

Gambar: Pbt Muhammad Iszam Ishnin

Artikel Berkaitan

Back to top button