Bersama PemimpinSemasa

Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela Dan Tauliah Kehormat AW

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Sukarela, Tauliah Kehormat Askar Wataniah (AW) dan Pelancaran Portal AW bertempat di Penthouse, Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 15 Okt 2021.

Acara dimulakan dengan tiga pegawai menerima Penganugerahan Tauliah Kol Kehormat didahului Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Dr Mohd Roslan Sulaiman dilantik sebagai Komandan PALAPES UPM, diikuti Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Datuk Teknologist Dr Ahmad Fauzi Ismail dilantik sebagai Komandan PALAPES UTM dan Pengarah Urusan Kumpulan Telekom Malaysia, Shazril Imri Mokhtar dilantik sebagai Komander 56 Rejimen Semboyan Pakar Telekom AW.

Kemudian, seramai tiga pegawai dinaikkan pangkat ke Lt Kol iaitu Mej Muhammad Nasran Mohamad menjawat jawatan sebagai Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rej 515 AW, Mej Muhammad Fadzil Repin @ Rebin menjawat jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES UPM dan Mej Mohamad Ezanee Yazid menjawat jawatan sebagai Timbalan Komandan PALAPES Universiti Utara Malaysia (UUM).

Selain itu, Pengarah Pusat Pembangunan Holistik dan Kokurikulum Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Mohd Nor Shokri Hj Abd Rahman dianugerahkan Tauliah Lt Kol Kehormat dilantik sebagai Timbalan Komandan PALAPES UMT sebelum disusuli dengan penganugerahan Tauliah Mej Kehormat melibatkan empat Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sejurus selesai pemakaian pangkat, PTD dipertontonkan tayangan video montaj berdurasi selama enam minit berkenaan pelancaran Portal AW.

Seterusnya, PTD diiringi Ketua Pengarah Bahagian Pasukan Simpanan, Brig Jen Padman K.P Bhaskaran bagi menyempurnakan Pelancaran Portal AW secara gimik dengan meletakkan telapak tangannya di atas permukaan glob sebagai simbolik perasmian sebelum mengakhiri majlis dengan menandatangani Plaque Pelancaran.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Muhammad Ab Rahman, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo dan Asisten Ketua Staf Sumber Manusia, Mej Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi.

Gambar: Riffat Mohd Yusof

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button