Bersama PemimpinPenghargaanSemasa

Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Zaidan Atan

PAHANG: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Lt Jen Dato’ Zaidan Atan dalam perbarisan penghargaan yang berlangsung di Padang Kawad Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD) pada 11 Dis 2025.

“Lt Jen Dato’ Zaidan Atan digambarkan sebagai pemimpin yang tegas, berjiwa besar dan memiliki integriti kepimpinan yang sukar ditandingi.

“Anak kelahiran Air Hitam, Johor itu memulakan kerjaya pada 2 Ogos 1986 dan kemudiannya muncul sebagai tokoh penting dalam Kor Armor Diraja.

“Ketokohan beliau bukan hanya terserlah melalui jawatan dan pencapaian, tetapi dibentuk oleh sifat peribadi beliau yang tidak mengenal lelah serta sentiasa merendah diri,” ujar PTD.

PTD turut merakamkan penghargaan atas peranan besar beliau sepanjang berkhidmat sebagai pemerintah, staf serta jurulatih yang memberi impak jelas terhadap pembentukan warga TD hari ini.

Walaupun telah bersara, nama beliau terus dihormati apabila dilantik sebagai Pengerusi Koperasi Tentera selain memegang peranan penting dalam Boustead Holdings Berhad dan BHIC Submarine Engineering Services (BSES).

Dalam pada itu, PTD turut memberikan penghargaan khusus kepada isteri beliau, Datin Nurfitra Mohamed Alias yang disifatkan sebagai tunjang kejayaan suami serta penyumbang besar kepada aktiviti dan pembangunan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat.

Terdahulu, Lt Jen Dato’ Zaidan Atan telah menerima tabik hormat perbarisan melibatkan enam detasmen berkekuatan seramai 20 pegawai dan 367 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) disertai 25 Kenderaan Jenis Alpha dan 13 ekor kuda diketuai oleh Ketua Cawangan Sistem Logistik Bersepadu Tim Kenderaan Perisai TD, Lt Kol Nazrol Abdullah.

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati, jamuan makan serta menandatangani buku lawatan di Garaj KJA sebelum diakhiri dengan upacara Street Lining sebagai tanda penghormatan ke atas Lt Jen Dato’ Zaidan Atan.

Turut hadir, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan MK ATM merangkap Pengerusi KAD, Mej Jen Dato’ Indera Zahari Mohd Ariffin, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia, Mej Jen Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad, Asisten Panglima Pasukan Pertahanan, Mej Jen Dato’ Mohammad Razeif Che Ahmad.

Gambar: Rjr Raja Khairul Husaini Raja Roslan & Pbt Muhammad Amir Hamzah Mohd Yusri

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online