HUTSemasa

Perbarisan Hari Ulang Tahun 9 Bgd Ke–41

SIBU: Seramai 21 pegawai dan 330 Lain-Lain Pangkat, diketuai oleh Lt Kol Abdul Razak bin Hashim, Pegawai Memerintah Batalion Ketiga Rejimen Renjer Diraja menyertai Perbarisan Hari Ulang Tahun (HUT) Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) yang ke 41 di Kem Oya, Batu 14 Sibu pada 8 Mei 2017. Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dzulkafli bin Hj Mustaffa hadir bersama isteri Puan Nurziati binti Hj Othman, untuk menyempurnakan majlis.

Dalam ucapan beliau, Panglima 9 Bgd berasa bangga kerana dapat menyambut HUT 9 Bgd yang ke 41 dan mengucapkan terima kasih kepada pucuk Kepimpinan Angkatan Tentera Malaysia khasnya dan satu kepimpinan Tentera Darat di atas kepercayaan untuk beliau memimpin 9 Bgd. Panglima turut menyeru kepada seluruh perajurit 9 Bgd untuk bersama-sama beliau mendukung hasrat dan aspirasi Tentera Darat sebagaimana yang diperturunkan melalui Perintah Ulung Panglima Tentera Darat. Semua aspek ketenteraan yang telah digariskan dengan sempurna adalah menjadi tanggungjawab bersama untuk merealisasikan hasrat tersebut.

Di samping itu, beliau berkehendakkan 9 Briged terus memacu kecemerlangan sebagai briged barisan hadapan yang dipertanggungjawabkan untuk mempertahankan kedaulatan Negeri Sarawak. Beliau memberitahu hubungan persaudaraan sesama semasa bertugas dapat mempamerkan mutu disiplin yang unggul dan terpuji, meneruskan jalinan kerjasama dengan agensi awam dan di samping itu juga, semua diperingatkan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan melalui BAKAT.

Turut hadir semasa perbarisan adalah Lt Kol Jauhari bin Talib, Ketua Staf MK 9 Bgd, Mej (Kehormat) Dato’ David Ling serta Pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online