Semasa

Pangkat Adalah Amanah dan Tanggungjawab

Lapan Pegawai Kanan TD Naik Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) dari pelbagai kor kepada lapan pegawai kanan di Dewan Zulkifeli Zin, Wisma Perwira TD pada 16 Jan 2018.

Pemakaian pangkat di dahului oleh Brig Jen Dato’ Nordin Hj Salleh yang dinaikkan pangkat dari Brig Jen ke Mej Jen dan menjawat jawatan sebagai Ketua Staf, Markas Angkatan Bersama manakala Kol Johnny Lim Eng Seng dinaikkan pangkat dari Kol ke Brig Jen dan menjawat jawatan sebagai Pengarah Kanan Malaysia Blue Osean Strategy Centre, MiDAS.

Majlis diteruskan dengan Lt Kol Ir Mohd. Pauzi Deris yang dinaikkan pangkat Lt Kol ke Kol dan menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengarah Jabatanarah Kor Jurutera Letrik dan Jentera Diraja (KJLJD), MK TD dan lima pegawai dinaikkan pangkat daripada Mej ke Lt Kol.

Dalam ucapan PTD, beliau berharap agar pegawai yang dinaikkan pangkat haruslah menjadi seorang pemimpin yang bertanggungjawab kepada anggota-anggota bawahan dan mempunyai sifat amanah terhadap tugas yang telah  dipertanggungjawabkan.

Turut hadir Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin, Panglima Medan Timur TD, Lt Jen Datuk Zaki Mokhtar, pegawai-pegawai kanan TD serta isteri-isteri pegawai yang dinaikkan pangkat.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali dan LKpl Ainur Aisyah Yahaya

[srizonfbalbum id=135]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online