Semasa

Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan

JOHOR : Hari Keempat Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan bermula dari SMK Pekan Baru Muar dan larian diakhiri di Dataran Tg Emas, Muar melibatkan seramai 135 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) TD daripada pasukan-pasukan TD di Negeri Johor dengan membawa bendera Malaysia dengan jarak larian sejauh 34km pada 21 Ogos 2017.

Markas Briged Ketujuh Infantri Malaysia (MK 7 Bgd) selaku penganjur bagi Larian Merdeka TD 2017 Zon Selatan telah melepaskan seramai 470 pegawai dan anggota LLP TD dari seluruh Negeri Johor melalui jalan-jalan persekutuan bermula di Tg Piai ke Benut lalu ke Batu Pahat seterusnya ke Muar dengan jumlah keseluruhan sejauh 159km sejak 18 Ogos hingga 21 Ogos 2017 lalu menyerahkan bendera Malaysia kepada formasi Markas 21 GGK di Dataran Tg Emas, Muar.

Acara Penyerahan Bendera antara MK 7 Bgd kepada MK 21 GGK disempurnakan oleh Kol Roslan A. Rahman, Pemangku Panglima 7 Briged kepada Ketua Staf Am MK 21 GGK, Brig Jen Hasan Ali.

Turut hadir Pegawai-pegawai Memerintah dan Pemerintah pasukan di bawah naungan 7 Bgd dan Mk 21 GGK.

[jaw_divider divider_title=”” divider_style=”solid” color=”#000000″ width=”3″ space_size=”0″ space_after_size=”0″ divider_totop=”1″ totop_align=”right” space_after=”space_after” ][jaw_clear]

[jaw_gallery gallery=”12245,12242,12243,12244,12246,12247,12249,12250,12251,12252,12253,12254,12255,12248,” lightbox=”1″ ] [jaw_clear]

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online