1 DivSemasa

Trup 1 Div Bantu Mangsa Banjir Serian

SARAWAK: Usaha yang berterusan oleh pasukan-pasukan di bawah 1 Div dalam membantu mangsa banjir di Sarawak diteruskan sehingga keadaan kembali normal seperti sedia kala.

Pada hari ini banyak Pusat Perpindahan Banjir telah pun ditutup disebabkan cuaca bertambah baik, namun terdapat tiga Pusat Pemindahan Banjir yang masih dibuka disebabkan keadaan banjir yang menunjukkan penurunan yang perlahan seperti yang berlaku di Dewan Masyarakat Serian, Kg Tanah Puteh dan Dewan Serbaguna Kg Melayu Balai Ringin, Serian.

Seramai 664 mangsa dari 212 keluarga telah dipindah ke Pusat Pemindahan pada 5 hingha 7 Feb 2018 yang lepas. Pasukan 4 KAD, 3 Skn RAJD, 71 Bn KPD dan 1 Bn Ubat telah berkerjasama dengan agensi seperti APM, Bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Sarawak bersama membantu memberi bantuan membantu mangsa banjir dipusat pemindahan.

Kehadiran pasukan tentera dalam menyediakan perkidmatan tenaga kerja, pengangkutan darat atau air, penyediaan makanan dan rawatan kesihatan serta pergigian adalah amat dihargai oleh penduduk tempatan dan juga agensi kerajaan lain dalam meringankan beban yang dihadapi oleh mangsa banjir.

Gambar: Lt M Muhammad Hanis Mohd Nor

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online