Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Amanat PAT Sempena Aidilfitri 2016

KUALA LUMPUR: Panglima Angkatan Tentera (PAT) Jen Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Hj Zulkifeli Hj Mohd Zin, menyampaikan amanat kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjelang Hari Raya Aidilfitri 2016 dan menyampaikan sumbangan hari Raya Aidilfitri kepada warga ATM  bertempat di Auditorium KEMENTAH pada 24 Jun 2016.

Dalam ucapan beliau menasihatkan pada warga ATM agar berhati-hati dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing, serta berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja.

“Dalam kemeriahan menyambut syawal yang bakal menjelma kita perlu bersederhana sahaja dan tidak melebih-lebih dalam berbelanja, bagi yang bakal pulang ke kampung halaman tidak kira di mana sahaja berhati-hati dalam pemanduan ingatlah orang di kampung halaman menanti untuk menyambut dengan keriangan bukannya kepiluan,” ujarnya.

Turut hadir, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badarudin, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Roslan Saad (TUDM), Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Ketua Staf Markas ATM, Lt Jen Dato’ Sri Hj Sabri Adam (TUDM).

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online