Semasa

3 Bgd Tamatkan Isu Sempadan Malaysia-Indonesia

SARAWAK: Briged Ketiga Infantri Malaysia bersama agensi kerajaan lain yang diketuai oleh Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Hj Mat Zin merangkap ketua delegasi Malaysia telah menamatkan gerak kerja pembersihan kebun haram milik warga Indonesia di Samunsam Wildlife Sanctuary pada 6 Mac 2018.

Isu persempadanan Samunsam telah berlarutan sejak daripada tahun 2017 sehingga kini dan gerak kerja pembersihan dilaksanakan mulai 19 Februari sehingga 5 Mac 2018.

Demi menjaga kedaulatan tanah air serta keselamatan penduduk Telok Melano, kerja pembersihan dilaksanakan oleh Batalion Kesebelas Rejimen Askar Melayu Diraja (11 RAMD) bersama Jabatan Hutan, Sarawak Forestry Corporation (SFC), Tentera Nasional Indonesia Angkatan Darat (TNI-AD), Polis Republik Indonesia (POLRI) dan lain-lain agensi kerajaan Malaysia.

Kesemua kerja pembersihan berjaya menebang sebanyak 6,757 batang pokok dari pelbagai jenis tanaman seperti getah, lada hitam dan sawit.

Dalam ucapan Panglima 3 Bgd pada majlis penutupan tersebut, beliau berharap agar hubungan bilateral yang terjalin bersama Indonesia sejak 45 tahun yang lalu kekal pada masa akan datang dengan sikap toleransi serta bertolak ansur antara pemerintah agar permasalahan persempadanan dapat diselesaikan.

Turut hadir, warga Camar Bulan Indonesia, Letkol Inf Abdul Rahman, Wakil Korem 121/ABW, Awang Putra Yusrie Awang Redzuan, Pegawai Daerah Lundu, Bapak Muhammad Abdullah, Wakil Konsul Jeneral Republik Indonesia, Lt Kol Salmi Istikh Ahmad, Pegawai Memerintah 11RAMD dan Bapak Pandri Ota, Wakil Bupati Sambas.

Gambar: Pbt Muhammad Aiman Solihin Hasmady

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online