SARAWAK: Seramai 48 pegawai dan 743 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) serta 25 pekerja awam daripada pasukan-pasukan di bawah naungan Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat (PMT TD), 1 Divisyen, 3 Briged dan pasukan 10 Rejimen Sempadan (RS) dari 31 Briged terlibat dalam Program Roadshow Jerayawara, Task Force Perisai Wira Zon Kuching di Dewan Serbaguna, Kompleks Muara Tuang pada 15 Mac 2018.
Program tersebut diadakan bertujuan untuk memberi penerangan mengenai bahayanya ancaman Daesh dan penjelasan tentang fahaman ektremisme, radikalisme dan terorisme serta mewujudkan kesedaran di kalangan anggota tentera tentang bahayanya ancaman kumpulan tersebut.
Di samping itu, ianya juga untuk memberi kefahaman mengenai aspek perundangan anti keganasan supaya warga ATM memahami dengan undang-undang keganasan sedia ada.
Antara syarahan yang disampaikan adalah berkenaan Ancaman Ekstrimisme, Radikalisme dan Terorisme kepada Keselamatan ATM serta Implikasi Undang-Undang Anti Keganasan kepada Anggota ATM
Syarahan tersebut disampaikan oleh Tim Task Force yang diketuai oleh Mej Jen Dato’ Mohd Noor Osman (Bersara), Lt Kol Dr Zulkarnain Harom dari Cawangan Anti Keganasan Bahagian Perisikan Pertahanan, Pegawai Staf Satu Undang-Undang Bahagian Perisikan Pertahanan, Lt Kol Shahrudin Abd Rahman dan Mej Chula Endiang @ Esok.
Turut hadir Kol Perisikan MK PMT TD, Kol Hj Mohd Azhar Zainal Abidin dan Pegawai Memerintah serta Pemerintah pasukan di bawah naungan 1 Div, 3 Bgd dan 10 RS.
Gambar: Pbt Nawawi Mujtabar dan Pbt Nik Wafieuddin