KebajikanSemasa

PJSR Bantu Warga MINDEF

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan Malaysia (MinDef) hadir dalam Program Jualan Sentuhan Rakyat (PJSR) dan Hari Bersama Pelanggan anjuran MinDef dengan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Pejabat Ahli Parlimen Setiawangsa  yang dirasmikan oleh Menteri Pertahanan Malaysia (MENHAN), Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein di Dewan Seroja pada 22 Mac 2018.

PJSR ini bertujuan membantu mengurangkan kos sara hidup dalam kalangan warga MinDef melalui penjualan barangan keperluan asas pada harga 5% hingga 20% lebih murah berbanding harga pasaran dan antara barangan yang dijual termasuklah beras, tepung, minyak masak, gula, bawang, ayam, ikan, susu tepung dan telur.

Pelbagai agensi kerajaan dan syarikat korporat turut mengambil bahagian dalam PJSR MinDef antaranya terdiri dari Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Pasar Raya Giant, Mobile CTC, Beras Faiza dan Leong Hup.

Selain jualan barangan turut diadakan Hari Bersama Pelanggan Kementerian Pelanggan melibatkan 20 agensi bawah MinDef dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang diadakan untuk membolehkan warga ATM, veteran ATM dan warga awam MinDef menyelesaikan apa jua urusan dan permasalahan berkaitan MinDef dan ATM.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Seri Abdul Rahim Mohd Radzi, Panglima Tentera Laut (PTL), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Hj Ahmad Badaruddin,Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Dato’ Ahmad Fauzi Zahari.

Gambar: LKpl Ainur Aisyah Yahaya

[srizonfbalbum id=169]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online