BAKATSemasa

PAT Bersama Warga 3 RS

PERAK: Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor melaksanakan Lawatan Kerja serta merasmikan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) di Batalion Ketiga Rejimen Sempadan (3 RS), Kem Pengkalan Hulu pada 23 Mac 2018.

Lawatan PAT ini berkonsepkan Majlis Ramah Mesra bersama Warga 3 RS dan Ahli-ahli BAKAT turut penyerahan kunci RKAT yang mana perjumpaan dua mata antara PAT dengan semua yang hadir membuktikan beliau seorang pemimpin berjiwa rakyat.

Dalam majlis tersebut, PAT memberi kata-kata semangat kepada warga pasukan di samping mengingatkan semua yang hadir agar menjaga nama baik dan imej pasukan serta Kor RS khasnya dan TD amnya.

PAT juga memberi perkhabaran baik berkaitan Hala Tuju MINDEF di bawah Teras Kebajikan seperti Projek Pembinaan RKAT dan projek menaik taraf kem-kem Rejimen Sempadan bagi menjaga kebajikan warga organisasinya.

Kemuncaknya, lawatan diakhiri dengan acara penyampaian cenderahati daripada Warga 3 RS serta PAT menandatangani Buku Lawatan.

Turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Abdul Rahim Mohd Radzi, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Pengerusi Kor Rejimen Sempadan, Lt Jen Datuk Azizan Md Delin, Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Dato’ Parang Abai @ Thomas dan Panglima 30 Bgd Inf, Brig Jen Hashim Aman Shah.

Gambar: Mohamad Hanif Ishak

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online