HUTMK Medan TimurSemasa

Program Derma Darah Warga TD

SARAWAK: Seramai 335 pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri daripada pasukan sekitar Kuching terlibat dengan Program Derma Darah Sempena Sambutan Hari Tentera Darat Ke-85 dan Hari Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Ke-4 anjuran 1 Bn Ubat dengan kerjasama bersama Unit Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak di Dewan Bukavu, Kem Penrissen pada 5 Apr 2018.

Program ini diserikan dengan kehadiran Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Haji Mokhtar, diiringi Panglima 3 Bgd, Brig Jen Mohd Bustaman Mat Zin telah menyerahkan beg darah kepada Dr Mohammad Masrin Md Zahri, Pakar Perubatan Transfusi, Unit Transfusi dan Bank Darah HUS sebagai simbolik sumbangan bakti warga TD kepada Unit Tabung Darah HUS.

Program Derma Darah ini berjaya mengumpulkan sebanyak 162 beg darah sepanjang acara berlangsung mulai jam 8 pagi hingga 3 petang.

Gambar: Pbt Nik Waffiuddin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online