MK Medan TimurSemasa

Majlis Malam Penghargaan PMT TD

SARAWAK: Markas Briged Kesembilan Infantri Malaysia (MK 9Bgd) mengadakan Majlis Malam Penghargaan Panglima Pemerintahan Medan Timur (PMT TD), Lt Jen Dato’ Wira Mohd Zaki Hj Mokhtar dan isteri Datin Noraihan Ibrahim di Kem Sri Rejang pada 23 Apr 2018.

Majlis ini bertujuan meraikan PMT TD yang akan menamatkan perkhidmatan hujung tahun ini serta menzahirkan rasa penghargaan di atas kepimpinan beliau selama memegang jawatan Panglima Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat.

Dalam ucapannya, beliau turut melahirkan penghargaan kepada semua pegawai dan anggota yang telah memberikan kerjasama yang baik serta komitmen yang tinggi sepanjang pemerintahannya.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada PMT TD dan isteri.

Turut hadir, Panglima 1 Div, Mej Jen Datuk Stephen Mundaw, Panglima 9 Bgd, Brig Jen Dato’ Dzulkafli Hj Mutaffa dan Panglima 31 Bgd, Brig Jen Dato’ Haji Fadzil Tajudin.

Gambar: Pbt Iskandar

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online