Semasa

Penutup Kursus Asas TTS Peringkat 9 Bgd Siri (Dec) 5/2018

SARAWAK: Seramai 44 Penuntut Kursus Asas Tempur Tanpa Senjata (DEC) Siri 5/2018 berjaya menamatkan Kursus Asas TTS peringkat Briged Kesembilan Infantri Malaysia (9 Bgd) di Gelanggang 9 Kompeni Kor Polis Tentera Diraja (9 KPTD) pada 27 Apr 2018.

TTS atau juga dikenali dengan nama unarmed combat merupakan satu teknik pertahanan diri jarak dekat dengan beradu tenaga tanpa menggunakan sebarang senjata pendek seperti kayu, pisau dan seumpamanya.

Pegawai Memerintah Rej 510 AW, Lt Kol Zakaria Abdul Rahman menyempurnakan majlis penutup kursus dan menyampaikan hadiah kepada penuntut.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah Rej 510 AW, beliau menyeru kepada semua penuntut supaya menggunakan segala ilmu yang dipelajari ke arah kebaikan dan berharap agar ia dapat menjadi pemangkin kepada pembentukan satu generasi tentera yang berpengetahuan luas serta mempunyai tahap ketahanan diri yang tinggi sesuai dengan tugas yang telah diamanahkan iaitu benteng pertahanan negara.

Turut hadir Pegawai Pemerintah 9 Komp KPTD, Mej Addboery Kaling dan Pegawai-pegawai Pemerintah di bawah naungan 9 Bgd.

Gambar: Pbt Muhammad Aizat Fitri Ariffin

Artikel Berkaitan

Back to top button