Semasa

Program Seputih Lebaran Anjuran PPDK 7 Bgd

JOHOR: Panglima 7 Bgd, Brig Jen Dato’ Mohd Hassan Loman telah meluangkan masa dalam satu program yang dinamakan Program Seputih Lebaran untuk meraikan anak-anak PPDK 7 Bgd, Kluang pada 3 Jun 2018.

Program yang telah diilhamkan sendiri oleh Panglima 7 Bgd ini bertujuan untuk menggalakkan sikap prihatin masyarakat terhadap orang kurang upaya disamping mengeratkan lagi jalinan silaturrahim antara ibu bapa dan masyarakat setempat.

Program yang telah dilaksana ini melibatkan aktiviti membeli belah untuk 26 orang anak-anak PPDK di Pasaraya Pacific Kluang Mall bernilai RM150, selain berpeluang membeli belah di pasaraya tersebut anak-anak ini juga telah diberikan voucher percuma sumbangan pihak pengurusan Kluang Mall.

Program seperti ini dilihat bukan sahaja dapat mengeratkan silaturrahim antara masyarakat dan orang kurang upaya malah turut meningkatkan kepercayaan masyarakat terhadap ATM dalam hal kebajikan.

Turut serta dalam program ini adalah Datin Ruziah Hj Seman selaku Pengerusi PPDK 7 Bgd.

Gambar: Sjn Nuur Hamidah Zuber

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online