2 DivBersama PemimpinSemasa

Majlis Berbuka Puasa Warga Wisma Perwira 2 Div Bersama TYT Pulau Pinang

PULAU PINANG: Seramai 100 Ahli Wisma Perwira Divisyen Kedua Infantri Malaysia telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Warga 2 Div Bersama Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Dato’ Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman Hj Abbas ditemani Yang Amat Berbahagia Toh Puan Datin Seri Hjh Majimor Shariff bertempat di Wisma Perwira 2 Div, Kem Tun Razak pada 9 Jun 2018.

Kehadiran TYT dan isteri disambut mesra oleh Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mohd Ramli Jaafar bersama isteri selain turut diserikan dengan kehadiran Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Datuk Azizan Md Delin.

Majlis yang diadakan ini merupakan acara tradisi yang bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim yang terjalin di kalangan warga Wisma Perwira 2 Div bersama pihak JKPAW Negeri Pulau Pinang.

Turut hadir Panglima-panglima formasi KTJ 2 Div, rombongan dari JKPAW Negeri Pulau Pinang.

Gambar: Kpl Md Shukor Md Soleh dan Pbt Mohd Nor Izham Shalahudin

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online