Semasa

Penutup Kursus Anggota KPD Kelas 2 Siri 1/2018

KUALA LUMPUR: Seramai 77 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terlibat dalam Majlis Penutup Kursus Anggota Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) Kelas 2 Siri 1/2018 yang disempurnakan oleh Pegawai Memerintah 74 Batalion KPD, Lt Kol Nasarudin Mansor di Padang Kawad Pasukan pada 10 Jul 2018.

Acara dimulakan dengan penyampaian hadiah kepada penuntut terbaik untuk tiga kategori iaitu Akademik Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Muhamad Zul Zaidi Abdul Rashid, Kawad Terbaik pula disandang oleh Perajurit Muda Ameerul Ashraff Amran dan Kesuluruhan Terbaik disandang oleh Perajurit Muda Mohd Nor Syah Izat Wan.

Dalam ucapan Pegawai Memerintah, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua Perajurit Muda kerana telah berjaya menamatkan kursus ini dengan jayanya dan turut mengingatkan kepada setiap penuntut bahawa tujuan utama kursus ini dilaksanakan adalah untuk melahirkan anggota KPD yang terlatih di dalam bidang ketenteraan dan seterusnya melahirkan anggota tentera yang profesional.

Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada Perajurit Muda di Dewan Makan Kumatra Sajian dan Cenderahati dari penuntut kepada Pegawai Memerintah.

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online