Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kunjungan Hormat Chief Of Army New Zealand ke Atas PTD

KUALA LUMPUR: Chief Of Army New Zealand, Major General Peter Te Aroha Emile Kelly melakukan Kunjungan Hormat ke atas rakan sejawatnya Panglima Tentera Darat (PTD) Jen Tan Sri Dato’ Sri Zulkiple Hj Kassim sempena lawatan rasmi beliau ke Malaysia di Wisma Pertahanan pada 17 Ogos 2018.

Sebaik sahaja tiba di Perkarangan Wisma Pertahanan, Major General Peter Te Aroha Emile Kelly disambut oleh PTD sebelum menerima tabik hormat dan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama (KKU) dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (1 RAMD) yang terdiri daripada tiga pegawai serta 103 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) diketuai oleh Mej Mohd Izham Ahmad Rashidi serta diiringi Pancaragam Pusat RRD.

Selesai acara KKU, PTD mengiringi beliau ke Pejabat Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Zulkifli Hj Zainal Abidin dan selepas itu beliau di bawa ke Pejabat PTD bagi sesi Kunjungan Hormat.

Kunjungan selama tiga hari bermula dari 17 hingga 20 Ogos 2018 itu merupakan siri lawatan rasmi beliau ke Malaysia dalam mengukuhkan hubungan kerjasama ketenteraan yang sedia terjalin antara Tentera Darat New Zealand dan Tentera Darat Malaysia khasnya, dan Angkatan Tentera Malaysia amnya

Turut hadir pegawai-pegawai kanan dari Markas Tentera Darat.

Gambar: PW II Mohd Shahril Mat Ali

[srizonfbalbum id=261]

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online