Pengorbanan

Gigih Berjuang Walau Kaki Hancur Terkena Jerangkap Samar – Kpl Hashim Ismail (Bersara)

Ketika era komunis pada tahun 60 dan 70an, kawasan pedalaman dan hutan-hutan tebal di negara ini dijadikan markas dan tempat perlindungan oleh Pengganas Komunis (PGK) bagi menjalankan aktiviti-aktiviti mereka dengan tujuan melancarkan propaganda anti kerajaan selain untuk mengambil alih kuasa daripada kerajaan yang memerintah dengan cara kekerasan di mana kawasan tersebut dijadikan sebagai tempat persembunyian serta perlindungan daripada Pasukan Keselamatan. 

Demi semangat cintakan keamanan dan desakan untuk mempertahankan negara pada zaman itu, seorang anak muda bernama Hashim Ismail berasal dari Teluk Intan, Perak menyahut seruan kerajaan dengan memberanikan diri ke pemilihan ujian memasuki tentera dan beliau akhirnya terpilih lalu menjalani latihan ketenteraan pada 30 Okt 1966. Ikuti wawancara Wartawan Berita Tentera Darat Malaysia (BTDM), Sjn Nurulhaswani Ruzaini bersama jurugambar BTDM Pbt Mohammad Shukri Suhaimi bagi mengetahui lebih lanjut pengalaman dan pengorbanan Kpl Hashim Ismail (B) yang turut berjuang melawan komunis sehingga kehilangan kaki kiri akibat terkena jerangkap samar. 

Setelah tamat latihan ketenteraan di Pusat Latihan Rekrut, Port Dickson yang kini dikenali sebagai Pusat Asas Latihan Tentera Darat (PUSASDA) selama enam bulan, Kpl Hashim Ismail (B) ditempatkan di dalam Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di bawah pasukan 2 RAMD yang pada ketika itu berpangkalan di Sungai Besi. Setelah beberapa tahun berkhidmat, beliau bertemu jodoh lalu berkahwin dengan seorang gadis bernama Rokiah Mat Jelas pada 1969 dan dikurniakan sembilan orang cahaya mata. 

Ketika di pasukan beliau telah menjalani pelbagai latihan untuk memantapkan diri sebagai seorang anggota tentera dan pada masa yang sama beliau turut terlibat dalam banyak operasi bagi membanteras pengganas komunis yang berleluasa pada ketika itu. Kpl Hashim Ismail (B) kemudian ditukarkan ke 16 RAMD pada tahun 1970 yang ketika itu berpangkalan di Kuala Kubu, Selangor. Namun setahun kemudian unitnya telah berpindah ke Miri dan berpangkalan di sana selama setahun sebelum berpindah sekali lagi ke Pengkalan Chepa, Kelantan. 

Menurut beliau, pada masa dahulu, sesebuah unit tidak akan kekal di suatu penempatan pada jangka masa yang panjang kerana anggota tentera ketika itu adalah sedikit dan mereka perlu diatur gerak ke lain-lain kawasan bagi membanteras kegiatan komunis. Apabila sesuatu operasi itu berjaya dilaksanakan, maka penempatan itu akan berpindah pula ke kawasan yang masih menghadapi ancaman komunis. Iannya merupakan salah satu usaha pihak tentera dalam mempertahankan kedaulatan tanah air serta bagi mengelakkan diri daripada diburu oleh pihak komunis sekiranya mereka berada dalam jangka masa yang agak lama di sesuatu kawasan . Maka tidak hairanlah kenapa unit-unit infantri pada waktu tersebut sering berpindah randah. 

Pelbagai onak dan duri yang ditempuhi semasa melaksanakan operasi bersama pasukan dan antara pengalaman yang beliau tidak akan lupakan adalah semasa beliau terkena jerangkap samar ketika melaksanakan operasi bersama Tentera Thailand dalam Operasi CAHAYA BENA II di Weang, Thailand. Peristiwa tersebut masih terpahat di sanubarinya dan setiap detik yang dilalui masih segar dalam ingatan beliau sehingga ke hari ini. 

Peristiwa pahit itu berlaku pada 26 Jul 1977 iaitu hari ke 12 operasi di mana platunnya diarahkan membina Landing Point (LP) bagi membolehkan helikopter membuat penarikan keluar anggota operasi. Mereka dipecahkan kepada tiga seksyen yang mana seksyen pertama membuat tempat LP, seksyen kedua menjaga keselamatan kem dan seksyen ketiga yang diketuai oleh Kpl Hashim Ismail (B) dikehendaki membuat rondaan keselamatan kem. 

“Saya diarahkan mengetuai 10 anggota seksyen untuk membuat rondaan keselamatan. Pada jam 8 pagi kami semua keluar dari base untuk meneruskan tugas masing-masing. Demi keselamatan kami tidak mengikut trek dan hanya mengikut arah bearing kompas bagi mengelakkan dikesan oleh pihak musuh. 

“Jam 1015 pagi, seksyen saya telah selesai memeriksa kawasan tersebut dan meneruskan perjalanan untuk kembali ke base. Semasa berjalan pulang ke base, tiba-tiba pandangan saya menjadi kabur dan gelap seperti suasana malam,” kata Hashim menceritakan semula detik mula kejadian tersebut. Rupa-rupanya, pandangan kabur dan gelap itu adalah petanda kepada perkara malang yang akan dialaminya. 

Selama menjalankan operasi, Hashim sentiasa mengingatkan kepada anggota bawahannya jangan mudah terpedaya dengan pokok-pokok besar di dalam hutan kerana kebiasannya jerangkap samar akan dipasang berhampiran pokok berkenaan. Namun, beliau sendiri ‘terlupa’ tentang pelajaran berkenaan pada ketika itu. Beliau sendiri terleka apabila hanya mengikut bearing kompas yang dipegangnya menunjuk arah ke sebatang pokok besar. 

Pada awalnya, seorang anggota peninjau berada di hadapan tetapi beliau secara tiba-tiba mengarahkan anggota tersebut berada di belakangnya. 

“Kpl, kenapa saya perlu berada di belakang sedangkan tugas saya adalah sebagai anggota tinjau? Biarlah saya kekal di hadapan,” soal anak buahnya. 

“Eh, tak apa biar saya pula yang menjadi anggota tinjau. Awak kekal berada di belakang saya ye,” jawab Hashim. 

Sejurus meneruskan perjalanan seperti biasa, pada jarak tidak sampai 0.5km daripada base, nasib tidak menyebelahi beliau di mana Kpl Hashim Ismail (B) telah terpijak jerangkap samar. Pada ketika itu barulah beliau tersedar bahawa dirinya terleka dengan peringatan agar sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling di dalam hutan khususnya pokok besar pastinya terdapat jerangkap samar. 

“Saya masih ingat saya hanya ikut arah bearing kompas dan memang arah tersebut menuju ke pokok besar. Semasa semakin hampir dengan pokok besar tersebut, saya perlu melintasi satu banir yang tinggi. Saya pun pijak menggunakan kaki kanan dahulu dan kemudian baru memijak dengan kaki kiri. Namun, ketika saya mengangkat kaki kiri terus terdengar bunyi letupan yang amat kuat dan saya melambung ke udara dalam beberapa saat kemudian jatuh semula ke tanah. 

“Saya sempat memberi arahan kepada anggota bawahan saya supaya melakukan pertahanan keliling dan jangan bergerak ke mana-mana supaya tiada lagi anggota lain yang terkena jerangkap samar, ” jelasnya. 

Semasa melambung dan jatuh kembali memang beliau tidak merasa sakit, malah beliau tetap memberi arahan kepada anggotanya. Apabila suasana kembali tenang dan terkawal, beliau meminta supaya anggotanya kekal berada di tempat masing-masing dan jangan bergerak walaupun seinci, kemudian barulah beliau memeriksa tubuh badannya. Beliau pelik melihat darah mengalir di kesemua anggota badan yang disentuhnya sedangkan beliau tidak merasa sakit. 

Beliau memeriksa kasut sebelah kanan namun tiada apa-apa yang berlaku, namun ketika memandang kasut sebelah kiri beliau dapati kasut tersebut telah hancur. Ketika itu barulah Hashim sedar bahawa kaki kirinya telah terpijak jerangkap samar. Beliau cuba menanggalkan kasut dengan perlahan dan terlihat keadaan kakinya yang telah hancur dan hanya tumit serta ibu jari kaki sahaja masih berbaki. 

Kpl Hashim Ismail (B) segera memaklumkan kepada anggotanya bahawa beliau telah terkena jerangkap samar dan meminta mereka segera mendapatkan pertolongan daripada anggota yang lain. Beliau mengarahkan supaya menembak sebanyak tiga das sebagai isyarat meminta tolong. Selepas anggotanya menembak, anggota yang berada di base pun membalas tembakan tersebut. 

Dengan menggunakan kudrat yang masih tersisa, beliau sendiri merangkak keluar dari tempat tersebut. Beliau tidak membenarkan anggota bawahannya masuk membantu kerana dikhuatiri masih terdapat jerangkap samar yang masih aktif. Baginya biarlah dirinya seorang sahaja yang cedera dan pasrah jika ajalnya sudah tiba. 

Namun benarlah seperti kata pepatah, pantang maut sebelum ajal, begitulah semangat yang ditunjukkan Kpl Hashim Ismail (B) kepada anak-anak buahnya. Walaupun berdepan dengan situasi yang amat sukar namun beliau tetap gigih berusaha untuk mendapatkan rawatan. 

Selepas keluar dari situ, beliau segera meminta anggota membalut kaki kirinya. Dengan menggunakan dua pembalut luka kaki beliau berjaya dibalut sementara menunggu bantuan tiba. Dua jam selepas itu bantuan helikopter sampai dan beliau berjaya dibawa ke Hospital Kota Bharu untuk mendapatkan rawatan susulan. 

Tibanya di hospital beliau disuntik ubat penenang untuk ditidurkan sebelum pembedahan pada jam 1600 hari yang sama. Kaki kirinya perlu dipotong bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman. Selepas jam 2100 beliau telah sedar dan ingin bangun turun daripada katil, ketika itulah baharu beliau sedar yang kaki sebelah kirinya telah dipotong. 

“Tak dapat saya gambarkan keadaan saya ketika itu, air mata tiba-tiba berjurai keluar. Pada masa itu barulah saya sedar bahawa saya telah kehilangan kaki kiri dan terfikir bagaimana saya ingin meneruskan kerjaya sebagai seorang tentera,” ujar Kpl Hashim Ismail (B). 

Rakan-rakan yang menziarahi sentiasa cuba untuk menenangkan beliau dan bersimpati atas kejadian yang menimpa dirinya. Akhirnya beliau menerima segala ketentuan daripada Allah SWT dengan hati yang terbuka. Walaupun kehilangan sebelah kaki, beliau masih mampu meneruskan tugas sebagai seorang anggota tentera sehinga berpencen kerana pada ketika itu perkhidmatan telah memberi bantuan kaki palsu. 

Bagi beliau bukanlah alasan untuk seseorang itu segera mengalah walaupun tidak sempurna anggota badannya. Sebelum berpencen, Kpl Hashim Ismail (B) ditawarkan untuk kenaikan pangkat namun beliau menolak dan diberi pilihan untuk kembali bertugas di unit yang berhampiran kampung halamannya. Pada tanggal 29 Okt 1987 tamatlah kerjanya sebagai seorang anggota Tentera Darat (TD) yang berkhidmat selama 21 tahun. 

Walaupun beliau seorang anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) namun beliau mampu menyara dan memberikan pendidikan yang terbaik terhadap sembilan orang anaknya di mana salah seorang anak beliau kini menjadi seorang Pegawai Kanan TD. Darah pahlawan yang mengalir dalam tubuhnya tidak akan hilang dan beliau masih bersemangat untuk berjuang mempertahankan tanah air tercinta. Kini anak lelakinya berjaya mengikut jejak langkahnya dan anak-anak yang lain juga turut berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. 

Sebelum mengakhiri wawancara, beliau sempat berpesan kepada anggota TD yang masih lagi berkhidmat agar teruskanlah bekerja sehingga pencen dan sayangilah organisasi ini. Elakkanlah daripada terjerumus dengan perbuatan yang memudaratkan perkhidmatan kerana pekerjaan sebagai seorang tentera adalah sangat mulia dan dipandang tinggi dari dahulu lagi. 

Begitulah kisah perjuangan Kpl Hashim Ismail (B) yang wajar dikenang dan dihargai. Kita perlu sentiasa mengenang segala jasa dan pengorbanan yang pernah dicurahkan oleh pejuang terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara tercinta. 

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online