Bersama PemimpinHUTSemasa

Khutbah Khas Sempena Hari TD Ke-86

PERAK: Warga Tentera Darat yang berada di Sg Siput menunaikan Solat Jumaat dan mendengar Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TD Ke-86 bertempat di Masjid Al-Ghufraniah pada 1 Mac 2019.

Khutbah Khas tersebut memperdengarkan berkenaan 86 tahun TD melaksanakan tanggungjawabnya iaitu mempertahankan kedaulatan negara yang merupakan tanggungjawab yang amat mulia di sisi agama dan masyarakat.

Selain itu mimbar juga mengatakan bahawa bagi menjitukan warga TD, empat konsep telah ditekankan oleh PTD dalam perintah ulungnya iaitu ASAS perlu dihayati oleh semua peringkat anggota TD.

“Kita telah diajar untuk menjadi anggota tentera yang terlatih, profesional serta berkepakaran dalam aspek ketenteraan dan situasi ini hanya akan berkekalan sekiranya kita terus beramal dengan etika kerja tentera dan menghayati Ikrar Kesatria,” kata Mimbar.

Turut menunaikan Solat Jumaat di masjid tersebut ialah Panglima Tentera Darat, Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Medan Barat TD, Lt Jen Dato’ Azizan Md Delin dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online