Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM 2019

KUALA LUMPUR: Seramai 800 warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terdiri daripada ketiga-tiga cabang perkhidmatan dan kakitangan awam KEMENTAH hadir dalam Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat ATM 1441H di Masjid Khalid Al-Walid  pada 24 Sep 2019.

Sebaik ketibaan Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan, Pahang Al-Fadhil Dato’ Ustaz Hj Badlishah, beliau disambut oleh Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembangunan Insan, Brig Jen Dato’ Hj Nawawi Hj Daud seterusnya ke Dewan Solat Utama, Masjid Khalid Al-Walid  KEMENTAH.

Majlis dimulakan dengan memperdengarkan bacaan Al-Quran Surah An-Nisa bermula ayat 95 oleh Mej Mohd Nizam Dato’ Hj Tarmizi Al-Hafiz lalu diteruskan dengan syarahan oleh Imam Besar Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah 1 Kuantan, bertajuk Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih.

Sambutan bersempena dengan kedatangan tahun baru Hijrah 1441H disamping bertujuan untuk mengingatkan kepada semua peringkat anggota ATM mengenai tahun baharu Islam dan membuka lembaran baharu ke arah penyebaran Islam yang lebih cemerlang.

Turut hadir Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi, Panglima Tentera Udara (PTU), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affandi Buang, Panglima Tentera Laut, Laksmana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah serta pegawai kanan ATM.

Gambar: Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online