PERAK: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi berkesempatan berbuka puasa bersama anggota Batalion Kedua Rejimen Askar Melayu Diraja (2 RAMD) bertempat di Kem Sri Banding pada 4 Jun 2019.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua-ketua dari setiap Bahagian, Cawangan dan Jabatan (BCJ) Markas Tentera Darat yang mana bertujuan meraikan anggota yang sedang melaksanakan operasi.
Selesai majlis berbuka puasa, Solat Mahgrib dan Isyak beliau bersama-sama anggota kem tersebut melaungkan takbir raya, membesarkan keagungan Allah SWT dan sebagai tanda memanjatkan kesyukuran terhadap nikmat yang dikurniakan-Nya bertempat di Surau Kem Sri Banding.
Selain itu PTD bersama pegawai kanan MKTD membuat sidang video ke atas Panglima Medan Barat TD dan Panglima Medan Timur TD bagi mengetahui laporan keadaan kesiagaan anggota di kawasan tanggungjawab masing-masing.
Pada masa sama, beliau turut melihat dan beramah mesra bersama anggota yang sedang menyiapkan juadah bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri untuk keesokkan harinya.
Turut hadir Panglima 2 Div, Mej Jen Dato’ Mardzuki Muhammad, Panglima Logistik TD, Mej Jen Dato’ Hanafiah Jaafar, Ketua Staf TD, Mej Jen Dato’ Zakaria Hj Yadi dan Panglima 2 Bgd, Brig Jen Datuk Mohd Nizam Hj Jaafar.
Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan