Bersama PemimpinLatihanSemasa

LKT 2019 Pamer Keupayaan Aset TD

NEGERI SEMBILAN: Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Dato’ Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah Hj Mohd Nawawi diiringi Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah dipertontonkan dengan Latihan Kuasa Tembakan (LKT) Tentera Darat Tahun 2019 di Lapang Sasar Gemas pada 23 Sep 2019.

Terdahulu acara dimulakan dengan Panglima 1 Bgd, Brig Jen Mhd Nazri Abdul Rahman mewakili Panglima 3 Div memulakan ucapannya dengan mengalu-alukan kehadiran Penuntut Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) dan hadirin yang hadir dengan berkata LKT pada tahun ini seiring dengan hasrat PTD yang menjadikan tahun 2019 dan 2020 sebagai tahun latihan dan penjajaran.

Selain itu, latihan ini yang dahulunya dikenali sebagai Demonstrasi Kuasa Tembakan (DKT) merupakan aktiviti tahunan yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada Siswa Kursus Pemerintah dan Staf Malaysia (KPSM) dari Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) tentang keupayaan manuver dan kuasa tembakan TDM melibatkan 165 Siswa dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan Darat, Laut dan Udara.

LKT ini juga mendedahkan berkenaan pengaplikasian kuasa tembakan merangkumi senjata kecil hingga berkaliber besar dimana membolehkan anggota yang terlibat memperolehi pemahaman berkenaan koordinasi kuasa tembakan yang efisien dan kesan yang dapat diperolehi.

Pada masa sama lapisan anggota dapat mempertingkatkan kompetensi dan memupuk rasa tanggungjawab disamping melatih anggota untuk melaksanakan tugas.

Latihan ini diadakan dalam dua segmen iaitu Segmen Dinamik dan Segmen Tembakan Tidak Langsung untuk melihat kuasa tembakan dan impak ke atas sasaran sistem persenjataan yang terdapat di dalam inventori TDM.

Segmen Dinamik dipertontonkan dengan simulasi operasi ofensif melibatkan gabungan ketumbukan Batalion Infantri Mekanise, Armor, Artileri dan Pasukan Udara Tentera Darat yang memperlihatkan serangan menggunakan persenjataan tembakan langsung dari senjata persendirian sehingga senjata berkaliber besar.

Sementara itu, Segmen Tembakan Tidak Langsung melibatkan gabungan tembakan persenjataan 81 mm mortar, 105 mm Pack Howitzer dan 155 mm G5 MK III dengan koordinasi rancangan tembakan oleh Pusat Kawalan Bantuan Tembakan dalam membantu operasi ofensif Briged.

Dalam segmen tersebut hadirin dapat melihat dan memahami mekanisme penyatuan tembakan dan bagaimana ianya menghasilkan impak yang berkesan keatas sasaran dan menyumbang kepada kejayaan sesebuah operasi.

Turut hadir Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hj Mohd Nazir Hj Mami dan Panglima Medan Timur Tentera Darat, Lt Jen Datuk Wira Zamrose Mohd Zain.

Gambar: SSjn Vijay Gaundar Arikrishnan

Artikel Berkaitan

Back to top button

bonus new member

sicbo online