5 DivSemasa

Serah Terima Tugas Panglima 5 Div

SABAH: Majlis serah terima tugas Panglima 5 Divisyen di antara Lt Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah dengan Mej Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan telah diadakan bertempat di Bilik Nabalu, Markas 5 Div, Kem Lok Kawi pada 3 Apr 2020.

Lt Jen Dato’ Mohamad Khir Abdullah merupakan Panglima AT 450 yang keempat dan Panglima 5 Div yang pertama mulai 4 Sep 2019.

Mengimbas keperibadiannya, beliau merupakan anak kelahiran Manek Urai, Kelantan dan mula menceburi Angkatan Tentera Malaysia pada 9 Okt 1980.

Beliau telah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan luar negara, antaranya adalah College Interarmess De Defence di Perancis dan Defence Strategic Studies Course serta Master of Arts (Strategic Studies) di Australia.

Sepanjang enam bulan menerajui tampuk kepimpinan 5 Div dan berkhidmat di Negeri Di Bawah Bayu, beliau telah berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti di peringkat Tentera Darat seperti Sidang Tertinggi Panglima Tentera Darat dan Sambutan hari Tentera Darat Ke-87.

Manakala, di peringkat Negeri Sabah, beliau turut terlibat menjayakan sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah, Hari Pahlawan dan Sambutan Hari Ulang Tahun TYT Sabah.

Beliau akan menamatkan perkhidmatan pada 24 Ogos 2020 setelah 38 tahun berkhidmat dalam ATM.

Bagi Panglima 5 Div yang baharu, Mej Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan sebelum ini merupakan Panglima 5 Briged dan mula menyertai ATM pada 19 Ogos 1986 serta merupakan Pemegang Sarjana Sains Sosial (Pengajian Pertahanan).

Beliau dilahirkan pada 18 Apr 1968 di Segamat, Johor dan turut menghadiri pelbagai jenis kursus dalam dan luar negara seperti IOAC dan Command and General Staff di Amerika Syarikat, Master in Management di Filipina dan RCDS di United Kingdom.

Selain itu beliau juga merupakan bekas Juruarah Maktab Turus Angkatan Tentera dan Komandan PULADA.

Gambar: Markas Divisyen Kelima Infantri Malaysia

Artikel Berkaitan

Back to top button