Bersama PemimpinLatihanMK Latihan & DoktrinSemasa

Sunyi Tapi Gagah

NEGERI SEMBILAN: Buat julung kalinya seramai 1782 Perajurit Muda (PM) Tentera Darat (TD) terlibat dalam dua sesi dan normal baharu Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 191/2019 disempurnakan Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Datuk Zamrose Mohd Zain bertempat di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) pada 4 Jul 2020.

Walaupun tanpa kehadiran keluarga tercinta dan juga penonton, PM ini tetap nampak gagah dengan perbarisan statik yang memperlihatkan penjarakan anggota yang berbaris lebih jauh berbanding biasa serta setiap anggota perbarisan memakai pelitup mulut bercorak celoreng digital.

Kebiasaannya, seluruh ahli keluarga PM akan hadir bagi menyaksikan perbarisan ini yang mana setiap kali Tamat Latihan Perajurit Muda pasti PUSASDA akan menjadi tumpuan.

Namun, perbarisan kali ini dilaksanakan sedikit berbeza daripada apa yang dilaksanakan sebelum ini sejajar dengan pengarahan normal baharu dan pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) pencegahan COVID-19 yang ditetapkan oleh kerajaan.

Perbarisan tamat latihan ini dijadualkan pada bulan Mei lalu terpaksa ditunda kepada bulan Jul berikutan berlakunya penularan Covid-19 yang melanda negara dan dunia diikuti tindakan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula 18 Mac 2020 yang menghadkan aktiviti yang memerlukan penglibatan individu dalam skala besar.

Terdahulu ketibaan PTD disambut oleh Timbalan PTD, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah bersama Komandan PUSASDA, Kol Mohamad Razeif Che Ahmad lalu menerima tabik hormat dari kontijen perbarisan diketuai PM Muhamad Azumi Ibrahim  yang juga merupakan PM Keseluruhan Terbaik.

Dalam ucapan PTD beliau mahukan setiap PM tidak berbelah bahagi menjalankan amanah untuk mempertahankan tanah air tercinta yang terpikul di bahu dan perlu digalas dengan penuh rasa tanggungjawab walau apa jua halangan dan rintangan yang dihadapi.

“Keperluan perkhidmatan mesti diberi keutamaan kerana sebarang kesilapan tindakan akan menjejaskan keselamatan dan kedaulatan negara. Saya menyeru kepada saudara semua agar menumpukan sepenuh perhatian kepada tugas dan jangan alpa”, tegas PTD.

Tambah PTD lagi, beliau tidak akan sekali-kali berkompromi dengan mereka yang melakukan kesalahan kerana sebagai generasi yang lahir dalam zaman serba canggih dan moden ini pasti akan terdedah kepada unsur-unsur negatif yang berdapat dipersekitaran seperti salah laku engkar perintah, rasuah, mencuri, penyalahgunaan dadah dan penyakit sosial yang lain.

Meskipun tanpa kehadiran ahli keluarga, PTD berpeluang mengucapkan tahniah kepada beberapa ibu bapa PM yang menerima anugerah melalui sidang video yang telah diaturkan.

“Majlis ini juga adalah tanda kenangan kepada mereka yang menamatkan latihan sebab itu kita cuba sebaik mungkin mengadakan acara ini dengan mematuhi SOP ditetapkan,” ujar PTD lagi.

Malah keluarga PM boleh melihat acara ini secara siaran langsung menerusi media sosial kerana buat kali pertamanya ahli keluarga tidak dibenarkan hadir.

Perbarisan diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada PM yang meliputi beberapa kategori dimana PM Kawad Terbaik diberikan kepada PM Muhaymin Kadir Abd Min, PM Akademik Terbaik, PM Ijmal Aminy Mohamed Said manakala PM Kecergasan Jasmani Terbaik ialah PM Mohammad Noor Azrulhady Mohd Noor Azman dan PM Penembak Terbaik di berikan kepada PM Mohammad Ikhmal Jafpree.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan, Panglima 21 Geruk Gerak Khas, Lt Jen Datuk Hassan Ali dan Panglima Latihan Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Nazari Abd Hadi.

Gambar: Sjn Saiful Fazley Rusli, Kpl Ainur Aisyah Yahaya, Pbt Syukri Suhaimi, Pbt Shafirin Mohd Radzi dan Saifun Hakimi Zainon.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online