Bersama PemimpinMK TDSemasa

Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad Dinaikkan Pangkat

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain telah memakaikan pangkat Mej Jen kepada Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dalam Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Tentera Darat di Bilik Tamu, Pejabat PTD pada 7 Okt 2020.

Brig Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dinaikkan pangkat ke Mej Jen berkuatkuasa 1 Okt 2020 dan menjawat jawatan sebagai Panglima 2 Div yang baharu.

Mengimbas keperibadian Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad dilahirkan pada 22 Nov 1970 di Alai, Melaka dan menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada 19 Ogos 1988 serta ditauliahkan ke Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) pada 4 Ogos 1990.

Beliau telah menjawat pelbagai jawatan sebelum ini antaranya ialah, Penasihat Ketenteraan Kepada MENHAN di Pejabat MENHAN, Ketua Pengarah di MKTD – OPLAT dan pernah menjawat jawatan sebagai Panglima 13 Bgd.

Mej Jen Datuk Arman Rumaizi Hj Ahmad telah menghadiri pelbagai kursus di dalam dan di luar negara seperti Kursus Mechanised Regimental Officer dan Kursus Australian Command and Staff di Australia.

Beliau juga berkelulusan Diploma Sains Komputer dari UiTM, Master In Defence Studies dari Australia dan Sarjana Sains Sosial (Kajian Pertahanan) dari UKM.

Turut hadir, Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Hasagaya Abdullah, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman dan Pegawai Kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button