2 DivLatihanSemasa

4 SSB (Mek) Laksana LMIT

PAHANG: Seramai tiga pegawai dan 146 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) dari pasukan Skuadron Semboyan Briged Keempat Infantri Malaysia (Mekanise) (4 SSB (Mek)) telah melaksanakan Latihan Menembak Individu dan Tim (LMIT) di Lapang Sasar Pasir Laba Kem Batu 5 pada 9 hingga 12 Nov 2020.

Latihan bertujuan menguji tahap kemahiran dan kompetensi anggota 4 SSB (Mek) menggunakan senjata (shooting skill) di semua situasi taktikal dan membina keyakinan diri dalam pengendalian senjata menggunakan peluru hidup.

Latihan dimulakan pelarasan di jarak 25m, 100m, 200m dan 300m kemudian penyesuaian menembak di jarak 100m di dalam 4 kedudukan asas.Latihan ini turut diserikan dengan acara menembak pull bold bersama Ketua Skuadron 4 SSB (Mek), Lt Kol Faizal Hamdy Hj Hussin.

Turut diadakan acara penyampaian hadiah kepada anggota yang mendapat markah tertinggi yang iaitu SSjn Syed Adharuddin Syed Hussin dengan pungutan mata sebanyak 8.7 dari markah penuh 10.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online