Bersama PemimpinLawatanSemasa

RM40 Juta Naik Taraf 94 HAT Terendak – Menteri Kanan Pertahanan

MELAKA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM40 juta untuk kerja senggaraan dan naik taraf 94 Hospital Angkatan Tentera (94 HAT) Terendak.

“Hasil lawatan pada hari ini, saya dapati banyak keperluan untuk memperbaiki dan menaik taraf kemudahan fasilitas, air dan elektrik yang sedia ada.

“Ini termasuklah Bilik Pembedahan dan Bilik Intensive Care Unit (ICU) juga perlu diperbesarkan bagi menampung lebih ramai pesakit.

“Jika segalanya berjalan lancar, kerja senggaraan tersebut boleh dilaksanakan seawal pertengahan tahun hadapan,” jelasnya dalam sidang media semasa Lawatan Kerja beliau di 94 HAT Terendak pada 28 Nov 2020.

Tambah beliau lagi, peruntukan tersebut adalah untuk proses pembinaan bagi menampung keperluan semasa hospital berkenaan dalam menyediakan kemudahan kepada warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), veteran dan juga mereka yang memerlukan.

Terdahulu lawatan beliau diiringi Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan beliau mendengar taklimat secara walking brief yang disampaikan oleh Pegawai Memerintah 94 HAT, Brig Jen (Dr) Hj Muhamed Hatta Hj Manis.

Lawatan ini bertujuan untuk melihat fasilitas sebelum merancang penambahbaikan yang boleh dibuat pada 94 HAT Terendak.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan, Lt Jen Dato’ Pahlawan (Dr) Md Amin Muslan. Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button