Bersama PemimpinSemasaTrup TD

Menteri Kanan Pertahanan Dipertonton Keupayaan Tempur 10 Bgd (Para)

MELAKA: Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah menyaksikan Demonstrasi Keupayaan Tempur ketumbukan 10 Bgd (Para) semasa Lawatan Kerja di Kem Terendak pada 28 Nov 2020.

Ketibaan beliau di Kem Terendak telah disambut oleh Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain dan di bawa ke Dataran Parawood Batalion Kelapan Rejimen Renjer Diraja (Para) lalu dipersembahkan dengan tarian Ngajat dan aksi latihan asas penerjunan serta pameran statik aset 10 Bgd (Para).

Acara diteruskan dengan Demonstrasi Keupayaan Tempur 10 Bgd (Para) dengan aksi Penerjunan Bebas menggunakan Military Tactical Glider dari ketinggian lima ribu kaki yang digugurkan dari pesawat EC 725 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Demonstrasi diteruskan dengan pertunjukan Tempur Tanpa Senjata (TTS), Tactical Combat And Casualty Care (TCCC), Renang Tempur, Latihan Menara, Sniper Insertion, Tembakan Artileri Medan dan Pertahanan Udara, Serangan Seksyen sebelum diakhiri dengan Human Wave ketumbukan Leading Para Battle Group atau LPBG.

Sebagai penghargaan dan penghormatan kepada Menteri Kanan Pertahanan, seramai tujuh pegawai dan 403 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) 10 Bgd (Para) diketuai oleh Lt Kol Mohamad Fadzly Mohd Yasin telah mempersembahkan Para War Dance atau Tarian Perang yang melambangkan keberanian seorang pahlawan dan hanya dipertontonkan kepada tetamu kehormat negara.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz, Panglima 3 Div, Mej Jen Dato’ Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim, Panglima Logistik Tentera Darat, Mej Jen Dato’ Md Fuad Abd Jalil, Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Tentera Darat, Mej Jen Datuk Hamdan Hj Ismail, Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan TD, Mej Jen Rashidin Hashimi Ab Rashid dan Panglima 10 Bgd (Para), Brig Jen Hj Semaon Hj Marjuki.

Gambar: Pbt Mohammad Fadzil Akirul dan Saifun Hakimi Zainon

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button