4 DivBersama PemimpinSemasa

Latihan Menembak Pistol Pegawai Kanan TD

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain terlibat dalam Latihan Menembak Pistol Pegawai Kanan Tentera Darat (TD) bertempat di Lapang Sasar B, Kem Perdana, Sungai Besi pada 17 Dis 2020.

Latihan ini dianjurkan Markas Divisyen Keempat Infantri Malaysia (MK 4 Div) bersempena lawatan PTD yang diadakan pada 15 Dis 2020.

Terdahulu, PTD telah ditaklimatkan oleh Mej Mohammad Farhan Dato’ Hj Mislan berhubung hal keselamatan serta tatacara penggunaan pistol ketika latihan.

Latihan dimulakan dengan tembakan pelarasan pistol, diikuti dengan acara Pull Bull pistol, seterusnya tembakan pelarasan jatuh piring dan diakhiri dengan acara Pertandingan Menembak Jatuh Piring.

Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran menembak pistol pegawai-pegawai kanan TD, memupuk semangat berpasukan dalam kalangan para penembak serta berpeluang berinteraksi bersama dengan PTD.

Acara berakhir dengan penyampaian hadiah dan cenderahati.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat (PMB TD), Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman, Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Hj Ya’cob Hj Samiran, Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Mej Jen Dato’ Subari Hj Tomo dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: LKpl Muhammad Nashriq Khairul Zaime

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online