Bersama PemimpinSemasa

41 Tahun Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin Mencurah Khidmat Bakti Dalam Tentera

KUALA LUMPUR: Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) merangkap Pengerusi Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Lt Jen Dato’ Mohammad Ab Rahman mewakili Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-17, Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin diatas khidmat bakti jiwa dan raganya selama lebih 41 tahun 10 bulan perkhidmatan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) amnya dan Tentera Darat (TD) khasnya.

“Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin telah mengorbankan seluruh jiwa dan raganya kepada perkhidmatan yang kita sayangi.

“Curahan keringat dan bakti beliau telah menuntut pengorbanan yang amat besar dan beliau antara Pegawai Kanan TD dan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang boleh dijadikan sebagai inspirasi kepada kita semua,” jelas TPTD.

TPTD berkata demikian semasa ucapan beliau dalam Perbarisan Penghargaan Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin di Padang Kawad Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja (1 RRD) pada 5 Mac 2021.

Mengimbas keperibadian Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, beliau dilahirkan pada 25 Mei 1961 di Tanjung Rambutan, Perak dan menjalani latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja (MTD) pada tahun 1980 serta telah ditauliahkan sebagai Lt M pada 17 Jun 1982 dan unit pertama adalah Batalion Ke-25 RAMD.

Sepanjang kerjaya dalam perkhidmtan beliau telah menghadiri pelbagai kursus dalam dan luar negara antaranya ialah Foreign Officer Tactical Intelligence Course, Australia, Kursus Staf dan Pemerintah di Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT), Kuala Lumpur, Turkish War College, Turkey serta National Defence College, Thailand serta memegang Ijazah Sarjana Pentdbiran dari Universiti Malaya.

Beliau juga telah menyandang beberapa jawatan penting dalam cabang pemerintah, staf dan kejurulatihan iaitu Jurulatih Kanan MTD, Juruarah di Pusat Latihan Tempur TD (PULADA), Pegawai Memerintah Batalion Ke-24 RAMD dan Komandan PULADA.

Pada tahun 2009, beliau dinaikkan pangkat Brig Jen serta menjawat jawatan sebagai Panglima 12 Bgd, Panglima 3 Bgd, Penasihat Pertahanan di Kedutaan Malaysia, Thailand dan kemudian dinaikkan pangkat Mej Jen serta menjawat jawatan Ketua Staf (KS) Markas TD dan Panglima 4 Div.

Dalam pengiktirahan dan dedikasi sumbangannya dalam ATM beliau telah dinaikkan pangkat Lt Jen serta seterusnya menjawat jawatan sebagai KS ATM.

Seterusnya, dalam ucapan Lt Jen Dato’ Pahlawan Redzuan Hj Baharuddin, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada PTD kerana memberi kebenaran perbarisan ini dilaksanakan.

“Walaupun berhadapan dengan kekangan terutama kesibukan pegawai dan anggota melaksanakan Operasi PKPB masih lagi mmberi keutamaan untuk perbarisan penghargaan saya,” jelas beliau.

Tambah beliau lagi, minat yang begitu mendalam sebagai seorang pegawai tentera dan berbangga dengan perkhidmatan mengakibatkan setiap hari dalam perkhidmatan tentera merupakan suatu pengalaman yang sentiasa meninggalkan kenangan manis buatnya.

“TD yang mendewasakan saya sejak 25 Mei 1979, TD lah yang memberi ilmu, kemudahan dan kebajikan kepada saya serta TD juga telah memberi keluarga yang besar kepada saya dimana anugerah ini tidak dapat dibeli dengan wang ringgit atau dimana-mana.

“Saya menyeru semua warga TD untuk mempertingkatkan semangat sayangkan perkhidmatan melalui disiplin, mutu kerja serta integriti di dalam mencurahkan keringat semasa melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan sifat jujur dan ikhlas,” nasihatnya.

Perbarisan perhargaan ini dilaksanakan dalam norma baharu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) melibatkan seramai 16 pegawai dan 234 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) terdiri dari lima detasmen yang diketuai oleh Pegawai Memerintah 24 RAMD, Lt Kol Sharul Hesham Md Yassin.

Simbolik acara diakhiri dengan Street Lining mengikut SOP bagi mengelak penularan COVID-19.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Panglima 4 Div, Mej Jen Dato’ Yaacob Hj Samiran.

Gambar: SSjn Shamsul Zaidi  Zolkoffly dan Pbt Mohammad Shukri Suhaimi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button