Semasa

KRD Kekalkan Kejuaraan Bola Jaring TD

KUALA LUMPUR: Pasukan Bola Jaring Kor Risik Diraja (KRD) menjuarai Kejohanan Bola Jaring Antara Kor dan Rejimen Tahun 2022 selepas menumpaskan Pasukan Bola Jaring Kor Ordnans Diraja (KOD) dengan mata 29-23 dalam aksi perlawanan akhir di Dewan Serbaguna Kem Wardieburn.

Terdahulu, Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman diiringi Pengerusi Persatuan Bola Jaring, Brig Jen Suhaimi Mat Isa dibawa untuk diperkenalkan kepada para pemain sebelum menyempurnakan gimik Perlawanan Akhir Kejohanan Bola Jaring Antara Kor dan Rejimen TD Tahun 2022.

Johan bagi keseluruhan kejohanan membawa pulang wang tunai sebanyak RM2,000, medal dan sekaligus menjulang Piala Srikandi manakala Naib Johan yang dimenangi oleh KOD membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500 dan medal, diikuti tempat ketiga jatuh kepada Rejimen Semboyan Diraja (RSD) yang menerima wang tunai sebanyak RM1,000 berserta medal.

Bagi anugerah khas iaitu Anugerah Penjaring Terbanyak yang membawa pulang sebuah trofi dimenangi oleh PW II Nur Hayati Zakaria dari KRD manakala Anugerah Pemain Terbaik juga membawa pulang sebuah trofi disandang oleh Pbt Noraqilah Rozi dari KOD.

“Sesungguhnya akal sihat, badan cergas telah membuktikan aturan kehidupan yang disulami aktiviti sukan akan membawa keharmonian dan keseimbangan dalam diri setiap anggota TD.

“Pertandingan ini bukan sahaja menguji kekuatan mental dan fizikal malah memupuk semangat kerjasama yang selari dengan Tonggak Kedua Perintah Ulung Panglima Tentera Darat iaitu Keutuhan Organisasi,” ujar TPTD.

Menerusi kejohanan yang berlangsung bermula dari 5 hingga 12 Sep 2022 ini, beberapa pemain berpotensi akan dipilih bagi mewakili Tentera Darat ke Kejohanan Bola Jaring Antara Perkhidmatan yang bakal berlangsung pada 21 hingga 23 Sep 2022 di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut.

Turut hadir, Ketua Staf Markas Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan Pegawai-pegawai Kanan TD.

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online