Bersama PemimpinPenghargaanSemasaSukan

TD Rai Persatuan Dan Atlet Sukan Cemerlang

KUALA LUMPUR: Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Dato’ Seri Zamrose Mohd Zain menyempurnakan Majlis Anugerah Sukan Tentera Darat 2022 sebagai tanda penghargaan kepada atlet dan Persatuan Sukan yang mempamerkan prestasi cemerlang pada tahun ini bertempat di Dewan Dato’ Othman Harun pada 23 Dis 2022.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD) merangkap Pengerusi Lembaga Sukan Tentera Darat (LSTD), Lt Jen Datuk Seri Mohammad Ab Rahman sebelum menyaksikan tayangan montaj sorotan aktiviti sukan Tentera Darat (TD) sepanjang tahun 2022.

Seterusnya, PTD menyampaikan sijil penghargaan dan wang insentif kepada persatuan sukan yang mendapat johan dalam Kejohanan Sukan Antara Perkhidmatan Tahun 2022 manakala naib johan dan tempat ketiga menerima sijil penghargaan.

Atlet olahraga yang merangkul pingat emas dalam Kejohanan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Olahraga Tahun 2022 serta atlet TD yang mewakili negara dalam Sukan SEA Hanoi 2021 turut menerima sijil penghargaan dan wang insentif.

Bagi Anugerah Olahragawati TD 2022 disandang oleh Sjn Juliani Mohamad Zin yang telah mewakili negara dalam Kejohanan Hoki Piala Asia dan Kejohanan Hoki Dalam Dewan Piala Asia.

Manakala Olahragawan TD 2022 pula dinobatkan kepada pesilat olahraga negara iaitu PW II Billage Nakang yang cemerlang dan merangkul pingat perak ketika beraksi di Sukan SEA 2021 Hanoi, Vietnam.

PTD menyatakan rasa bangga serta mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua atlet yang mewakili perkhidmatan atas usaha dan semangat juang tinggi dalam mengharumkan nama TD.

Pelaksanaan majlis seumpama ini sejajar dengan Tonggak Ketiga Perintah Ulung beliau iaitu Pelestarian Kesejahteraan Warga.

Turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Lt Jen Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan, Ketua Staf Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi dan pegawai-pegawai kanan TD.

Gambar: Pbt Muhammad Shafirin Mohd Radzi

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

bonus new member

sicbo online