Bersama PemimpinMINDEFSemasa

Kempen Kibar Jalur Gemilang Serta Pembudayaan Norma Baharu

KUALA LUMPUR: Warga Kementerian Pertahanan menghadiri Perhimpunan Bulanan dan Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan serta Kempen Pembudayaan Norma Baharu yang disempurnakan oleh Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob di Auditorium Wisma Pertahanan pada 18 Ogos 2020.

Penganjuran Kempen Jalur Gemilang ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan serta meningkatkan lagi semangat patriotisme dikalangan warga Kementerian Pertahanan.

Manakala Kempen Pembudayaan Norma Baharu dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat serta seruan kerajaan dalam usaha menerapkan budaya norma baharu dan kawalan kendiri dalam kalangan warga Kementerian Pertahanan untuk mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam ucapan Menteri Kanan Pertahanan, beliau memaklumkan bahawa pelbagai usaha sedang giat dilaksanakan oleh Kementerian bagi memastikan agenda tercapai melalui penyediaan Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) dan Program Satu Anggota Satu Rumah (SASaR).

“Saya ingin mengumumkan berita baik kepada semua warga Kementerian Pertahanan dimana Mesyuarat Jemaah Menteri pada 07 Ogos 2020 telah bersetuju secara prinsip terhadap cadangan Kementerian Pertahanan untuk membina perumahan SASaR di Kem Wardieburn dan Kem Genting Klang,” ujarnya lagi.

Beliau merakamkan ucapan tahniah kepada Kementerian Pertahanan kerana menjadi antara kementerian terawal menyahut seruan kerajaan dengan melancarkan Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kempen Kibar Jalur Gemilang 2020.

Tambahnya lagi, kerajaan telah membuat keputusan melaksanakan Kempen Pembudayaan Norma Baharu bertujuan meningkatkan kesedaran dan memperkasa rakyat untuk melindungi diri, keluarga dan komuniti dalam usaha membantu petugas barisan hadapan memerangi jangkitan COVID-19.

“Sebagai ingatan bersama, setiap daripada kita adalah petugas barisan hadapan dan berperanan dalam menjayakan kempen ini dengan bersama-sama meningkatkan kawalan kendiri dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan,” tegasnya.

Majlis diteruskan dengan Penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pertahanan, Dato’ Sri Muez Abd Aziz dan Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jen Tan Sri Dato’ Sri Hj Affendi Buang TUDM sebagai simbolik mewakili warga awam Kementerian Pertahanan serta Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menyemarakkan kempen Kibar Jalur Gemilang Sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Kementerian Pertahanan.

Menteri Kanan Pertahanan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut menyampaikan hadiah kepada Pemenang Pertandingan Mencipta Pelekat Kenderaan Kempen Pembudayaan Norma Baharu peringkat Kementerian Pertahanan iaitu Sjn U Sumardi Ismail dari Markas Tentera Udara dipilih sebagai pemenang dari 11 penyertaan yang diterima.

Sebelum mengakhiri majlis, Menteri Kanan Pertahanan memasang Jalur Gemilang pada kenderaan jabatan di hadapan Bangunan Wisma Pertahanan sebagai simbolik perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang peringkat Kementerian Pertahanan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertahanan, Dato’ Sri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Panglima Tentera Darat, Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain.

Gambar: Kpl Ainur Aisyah Yahaya

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

RTP Live

Situs Slot Bet Kecil

Slot Online

Situs Judi Slot Terbaik Dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

slot bet kecil

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

slot pulsa

slot depo pulsa 10k

demo slot pragmatic

slot bet kecil

Sbobet

Slot Gacor

Bonus New Member

Slot Gacor

RTP Slot

Situs Judi Slot Terbaik dan Terpercaya No 1

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

Bonus New Member

bonus new member

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Gacor

Slot Bonus

bonus new member

sicbo online